Waspada Perisian Antivirus Tiruan


Kali ini saya akan membawa pembaca sekalian kepada satu isu yang saya kira ramai yang telah sedia maklum tapi kurang mengambil perhatian iaitu kewujudan perisian2 palsu di internet terutamanya perisian antivirus. Pernahkah semasa anda melayari internet tiba – tiba muncul pop-up windows yang menyatakan PC anda sudah terkena virus dan harus di scan pada masa itu juga? Ini adalah salah satu tanda – tanda wujudnya antivirus palsu.

Di dalam dunia Virus – Antivirus (security), program seperti ini termasuk dalam kategori Rogue Security Program, iaitu perisian yang menyamar sebagai antivirus yang telah menjumpai virus di komputer anda dan memaksa anda untuk membeli perisian tersebut dengan cara penipuan. Kepada pengguna yang tertipu anda mungkin bukan sahaja kehilangan wang tetapi komputer anda mungkin akan diinstall virus , trojan, spyware dan sebagainya.

1) JANGAN MUDAH PERCAYA : Jangan mudah percaya dengan apa yang anda jumpai di internet. Pengodam akan menggunakan pelbagai helah halus untuk menghantar virus bagi mencuri maklumat atau merosakkan komputer pengguna. Minta pendapat pakar IT sekiranya anda berasa ragu – ragu dengan apa yang anda jumpai.

2) PASTIKAN KOMPUTER ANDA DILINDUNGI : Pastikan antivirus komputer anda sentiasa dikemaskini sentiasa. Pastikan juga antivirus komputer anda dapat berfungsi dengan baik. Ini adalah untuk membolehkan antivirus dapat mengesan kehadiran sebarang aktiviti yang mencurigakan.

3) JANGAN MUDAH MEMBERIKAN MAKLUMAT PERIBADI : Perisian seperti ini kadangkala meminta kita untuk memberikan maklumat peribadi sebagai pendaftaran untuk menggunakan perisian palsu tersebut. Jangan mudah memberikan maklumat peribadi anda , ini kerana maklumat tersebut mungkin akan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kesan sekiranya anda tidak berwaspada :

1) KOMPUTER AKAN DIMASUKI VIRUS : Mungkin adakalanya kita tidak sedar mengenai kesan sekiranya kita tidak berhati – hati akan antivirus palsu ini. Jika kita mengikuti kehendak perisian palsu tersebut dengan menekan butang ”OK” yang kita lihat diskrin mungkin perisian tersebut sedang mengimbas komputer kita namun disebaliknya ia sedang memasukkan sejumlah Trojan ke dalam PC kita.

2) MAKLUMAT PERIBADI AKAN DIEKSPLOTASI : Bagi anda yang sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi mungkin akan terdedah dengan risiko pengeksplotasian maklumat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perkara ini adalah sangat serius dan maklumat peribadi kita mungkin boleh digunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah.

3 ) KOMPUTER AKAN TERDEDAH KEPADA RISIKO KEROSAKAN : Virus yang telah memasuki komputer melalui cara penipuan ini akan menyebabkan komputer akan terdedah kepada risiko kerosakan.

Kesimpulan, setiap hari kita akan sentiasa menggunakan internet sebagai satu medium untuk kita menyelesaikan tugasan harian. Namun kita selaku pengguna bijak haruslah berwaspada dengan perkara – perkara yang ditawarkan di internet agar kita tidak mudah ditipu dan menyebabkan komputer kita terdedah kepada bahaya.

Syarat-syarat membuka kedai 1 Malaysia




DEFINISI

Konsep KR1M adalah untuk menjual barangan keperluan pada harga sehingga 50% lebih rendah berbanding barang sama yang berjenama,
namun kualiti tetap diutamakan.

Tanda niaga‘Kedai Rakyat 1 Malaysia’ serta jenama produk‘1 Malaysia Kedai Rakyat’ telah didaftarkan sebagai hak milik Kerajaan.

SYARAT PENYERTAAN

Mana-mana syarikat / koperasi / individu yang ingin menjalankan operasi KR1M adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan perlu didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) / Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pemilikan Perniagaan
- Syarikat / Koperasi / Enterpris adalah 100% ekuiti / saham /milik warga negara Malaysia.

Modal
Keperluan modal minima adalah dalam bentuk tunai atau  bank guarantee atau debentur atau lain-lain instrumen kewangan seperti berikut:



Saiz Premis
(kaki persegi)
Modal
(RM)
1,500
460,000
3,500
650,000



Penentuan Lokasi
Penentuan lokasi serta keluasan premis KR1M akan dimuktamadkan oleh Kerajaan.

SYARAT OPERASI

1. Pengusaha bertanggungjawab sepenuhnya ke atas operasi perniagaan termasuk menanggung segala kos/caj berkaitan pengendalian KR1M
seperti bayaran utiliti, cukai, lesen, gaji pekerja, sewa kedai dan lain-lain.
2. Perlu menjual kesemua produk 1Malaysia Kedai Rakyat pada setiap masa beserta dengan barang keperluan harian yang ditetapkan.
3. Harga jualan produk di KR1M mengikut harga yang ditetapkan.
4. Menggunakan sistem Point Of Sale (POS) yang ditetapkan.
5. Mempunyai talian internet untuk pengendalian P.O.S.
6. Susunatur (layout & planogram) mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti di Lampiran 1.
7. Mempamerkan papan tanda mengikut spesifikasi KR1M seperti di Lampiran 2.
8. Menggunakan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
9. Waktu operasi perniagaan adalah bermula dari pukul 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari.
10. Mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikeluarkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
11. Kesediaan untuk beroperasi di mana-mana lokasi yang ditetapkan oleh Kerajaan.


TATACARA PERMOHONAN

Borang permohonan boleh didapati di Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya, Pejabat PDNKK Negeri dan Cawangan atau dimuat turun dari laman
sesawang Kementerian di www.kpdnkk.gov.my (Garis Panduan Pembukaan Dan Operasi, Borang Permohonan)

Semua permohonan hendaklah dihantar kepada Ibu Pejabat KPDNKK Putrajaya / Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan atau secara online.

   Alamat Ibu Pejabat KPDNKK adalah seperti berikut:
   Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
   Koperasi dan Kepenggunaan
   Delivery Management Office (DMO)
   Aras 5, Blok Menara, No.13, Persiaran Perdana, Presint 2
   Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
   62623 Putrajaya.
   Tel : 603-8882 6948/6253/6940
   Faks : 603-8882 6227
   Email : kr1m@kpdnkk.gov.my 

Alamat Pejabat PDNKK Negeri / Cawangan boleh didapati daripada laman sesawang www.kpdnkk.gov.my


PERTIMBANGAN PERMOHONAN

Pertimbangan Jawatankuasa adalah berdasarkan kepada senarai semak dan kelayakan pemohon mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.
(Senarai semak adalah seperti di Lampiran 4);


KEPUTUSAN PERMOHONAN

Surat makluman keputusan kepada pemohon akan dikeluarkan dalam tempoh tiga (3) hari selepas keputusan dibuat oleh Jawatankuasa.

Pemohon yang berjaya akan diberi taklimat mengenai syarat-syarat operasi dan perlu menandatangani Surat Akujanji / Perjanjian.


RECENT POSTS

TUTORIAL

DESIGN

RANDOM POSTS

SEO TIPS

FREE SOFTWARE

 
HOT NEWS